Authorised Halal International Selangor Operator ("Authorised HIS Operator" ("AHO") adalah konsep yang diperkenalkan oleh Halal International Selangor dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Pengguna dan Industri Halal Selangor.
AHO merujuk kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam Industri Halal termasuk pembekal, pembeli, peniaga, penyedia perkhidmatan, pengilang, pengimport / pengeksport yang berada di sepanjang rantaian bekalan perdagangan dalam negara dan antarabangsa yang telah mencapai pematuhan piawaian Halal yang diperlukan dan diakreditasi oleh ahli Lembaga AHO.
Objektif AHO
- Menarik minat pelabur Halal antarabangsa untuk di negeri Selangor dengan kemudahan yang disediakan kepada ahli-ahli AHO sebagai pemudahcara.
- Menggalakkan lebih banyak pemain industri halal tempatan untuk menembusi pasaran global.
- Menjadikan Selangor sebagai pusat ekonomi Halal global yang menawarkan produk dan perkhidmatan pusat sehenti Halal.
- Meransang ekonomi Halal dengan meningkatkan keyakinan pengguna melalui jaminan toyyiban dan integriti yang diterapkan di dalam AHO.
- Mesra perniagaan dan lebih sistematik.
Konsep
AHO menyediakan platform pusat setempat ("One Stop Centre") bertujuan memangkin ekosistem Halal melalui pemerkasaan platform pendigitilan sedia ada (seperti HALALSEL) dan juga yang akan dibangunkan (seperti Halal Integrated Trade System ("HITS").
Manfaat Kepada Ahli-Ahli AHO
- Khidmat Nasihat - Perkhidmatan Khidmat Sehenti
- Peluang Rangkaian Perniagaan
- Pusat Maklumat Perniagaan
- Padanan Perniagaan
- Maklumat terkini mengenai polisi-polisi semasa Kerajaan, Insentif dan prosedur dan perkembangan semasa industri khususnya di negeri Selangor
- e-Pengiklanan: Promosi produk/servis, pekerja mahir Halal (Talent Pool/Professionals)
- Penyenaraian percuma profil syarikat dalam AHO
- Peluang perniagaan melalui HIS Digital Platform (IMFAN dan HalalSel, HITS)
- Latihan kepada individu dan kakitangan AHO
- Carian fasiliti, perkhidmatan, pembekal ramuan, pembekal Halal dan tariff Kastam
- Direktori pemain-pemain industri Halal
- Certificate of Origin ("COO")
Kriteria bagi pendaftaran sebagai ahli AHO
- Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
- Produk/Barang/Kargo/ Perkhidmatan Yang Disahkan Halal oleh JAKIM/JAIS atau mana-mana JAIN; dan
- Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan/atau Amalan Pengilangan Baik (GMP); atau
- Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).
Program AHO ini terbuka kepada
- Syarikat yang telah mempunyai sijil Halal bagi produk/perkhidmatan atau
- Syarikat yang masih di dalam proses mendapatkan pensijilan Halal atau
- Syarikat yang berminat memohon pensijilan Halal