Authorised Halal International Selangor Operator ("Authorised HIS Operator" ("AHO") adalah konsep yang diperkenalkan oleh Halal International Selangor dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Pengguna dan Industri Halal Selangor.
AHO merujuk kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam Industri Halal termasuk pembekal, pembeli, peniaga, penyedia perkhidmatan, pengilang, pengimport / pengeksport yang berada di sepanjang rantaian bekalan perdagangan dalam negara dan antarabangsa yang telah mencapai pematuhan piawaian Halal yang diperlukan dan diakreditasi oleh ahli Lembaga AHO.